Bahan bahan berteknologi seperti komputer riba, telefon bimbit, mesin pencetak, LCD, dan lain lain lagi sememngnya membantu guru menjalankan sesi pengajaran dan pmbelajaran (PnP) dengan baik sekali. Murid murid amat berminat dengan gambar gambar dan lagu yang di mainkan melalui bahan bahan interktif ini.
Seperti saya, saya sentiasa menyediakan pelbagai bahan interaktif untuk murid murid setiap kali masuk ke kelas. Bahan bahan interaktif seperti slaid ‘power point’. ‘microsoft word’, ‘blog’ dan lain lain lagi sentiasa di gunakan. Hal ini kerana dengan adanya bahan bahan berteknlogi ini murid murid lebih yakin untuk belajar. Saya sentiasa memberi peluang kepada murid murid untuk menaip ataupun menekan butang butang pada komputer. Hal ini unutk membiasakan mereka dengan komputer.
Selain itu ada juga anak anak murid dari Pendidikan Khas ini mempunyai akaun ‘Facebook’. Jika di pandang dari sudut positifnya ianya amat baik kerana dengan adanya ‘Facebook’ akan lebih menggalakkan murid murid membaca dan membantu murid murid lancar membaca.
No comments:
Post a Comment